Thursday, July 5, 2012

ALLAH...

Back-2-Fitrah: Perkongsian: Wahai para pendosa! Ketahuilah, sesun...: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Lagu tema: Pencari JalanMu, dari Afghan. Dosaku selautan dalam, apakah masih a...

Shahir Af8-Aku Yang Berdosa (lirik)



jangan putus asa dengan rahmat Allah~

:: Penyejuk Jiwa ::: Energi Para Pendosa

:: Penyejuk Jiwa ::: Energi Para Pendosa

motivasi untuk diri...
bahan energi sblm menemui Ramadhan Kareem..
moga Allah redha..

aku pendosa T__T

Puisi Pendosa, Jangan Putus Asa.

Mereka gelar kalian pendosa,
tetapi terlupa bahawa kita adalah sama,
manusia mana yang tidak berdosa,
tunjukkan pada aku sekarang ini juga.

Ada pendosa mampu bangkit,
membersih diri dari jahiliyyah yang menjangkit,
ada yang memerlukan sokongan,
kerana di dalam diri ada kelemahan,

walau bagaimanapun engkau,
ketahuilah wahai pendosa engkau tidak keseorangan,
aku di sini pendosa jua,
dan ketika ini aku menghulurkan tangan.

Lihatlah ke arah langit yang luas,
ketahuilah rahmat Allah melebihi keluasannya,
sesungguhnya sentiasa terbuka buat pendosa seperti kita,

pandanglah sedalam lautan biru,
sesungguhnya kasih Allah lebih dalam daripada itu,
maka janganlah berputus asa wahai pendosa,
sungguh usahamu sentiasa Allah kira,

bangun jatuh bangun jatuh
bangunlah kembali buat sekian kali,
biarlah dosa itu tidak hilang sekalipun,
matilah dalam berusaha sesungguh hati,

tidakkah engkau memandang kepada pembunuh 100 manusia,
sungguh dia berusaha walau tidak sempat membersih dosa,
didekatkan Allah jaraknya dengan kampung taubat,
terus dia diangkat malaikat rahmat,
dia contoh yang berusaha hingga ke akhirnya,
dalam membersihkan dosanya.
Dan Allah mengasihinya.

Maka janganlah berputus asa wahai pendosa,
usaha, hingga mentari terbit dari barat,
atau kerongkongmu ditamu sakarat,
usaha, dan jangan sesekali kau dimamah penat.
Sungguh, Allah itu bukanlah zalim yang khianat.
Bahkan Dia adalah Yang Mengotakan JanjiNya,
adil tiada tandingan.

~ Hilal Asyraf ~