Sunday, October 13, 2013

Aku Tak Kuat

Sungguh aku lah manusia paling rapuh sekarang..
aku tak kuat nak tanggung semua ni sorang2..
Allah memang ade ntok dengar luahan aku..
tapi aku perlu seseorng jgak ntok sokong aku..

Setiap malam aku menangis..
tiap kali itu lah aku berdoa semoga segalanya baik2..
Aku pon harapkan dia baik..

Sampi saat ni..masih seperti hari tu..
aku dihimpit rasa serba salah,marah,sedih,rindu.
aku paksa diri sabar dan kuat..
sbb inilah cara didik hati..
tapi......kadang kala aku lemah..
ak jatuh semula dan menangis..
rase mcm nk give up..

kenapa jadi mcm ni.. =(


Wednesday, October 9, 2013

kedukaan dahulu kini kembali

Aku tak kuat....
Empangan air mata ni pun tak kuat..
Setiap malam..pasti mengalir air mata..
Kenapa kau suruh aku kuat
Padahal..
Aku tak kuat..

Sunday, June 2, 2013

kecewa

aku tengah rasa kecewa sekarang.rasa terkilan..
aku harap bende tu jadi.tapi tak...
mungkin tak patut ak rasa bende ni.yelaah...takdir kan.mesti ade hikmah..
tapi.....kalau die berfikir dulu sebelum buat tindakan tu..maybe tak jadi...
bukan berfikir je...jujur....dan matang..

aku malu...kesian pon ade
entah..kecewa la paling bnyk kot..sbb itu impian bersama
impian semua orang yang sama situasi dengan aku.
hmmm....

bende ni buat aku fikir macam2 yang negatif..
diorng tak bersedia ke?
diorng tak suke ke?
sbb tu diorng mengelak?
huh~ tak baik buruk sangka...

tapi dlm hati ni masih resah....
tak tahu ape yang ada dlm fikiran mereka yang ak sayang..

oohhh......=( kecewa sangat......

Thursday, July 5, 2012

ALLAH...

Back-2-Fitrah: Perkongsian: Wahai para pendosa! Ketahuilah, sesun...: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Lagu tema: Pencari JalanMu, dari Afghan. Dosaku selautan dalam, apakah masih a...

Shahir Af8-Aku Yang Berdosa (lirik)



jangan putus asa dengan rahmat Allah~

:: Penyejuk Jiwa ::: Energi Para Pendosa

:: Penyejuk Jiwa ::: Energi Para Pendosa

motivasi untuk diri...
bahan energi sblm menemui Ramadhan Kareem..
moga Allah redha..

aku pendosa T__T

Puisi Pendosa, Jangan Putus Asa.

Mereka gelar kalian pendosa,
tetapi terlupa bahawa kita adalah sama,
manusia mana yang tidak berdosa,
tunjukkan pada aku sekarang ini juga.

Ada pendosa mampu bangkit,
membersih diri dari jahiliyyah yang menjangkit,
ada yang memerlukan sokongan,
kerana di dalam diri ada kelemahan,

walau bagaimanapun engkau,
ketahuilah wahai pendosa engkau tidak keseorangan,
aku di sini pendosa jua,
dan ketika ini aku menghulurkan tangan.

Lihatlah ke arah langit yang luas,
ketahuilah rahmat Allah melebihi keluasannya,
sesungguhnya sentiasa terbuka buat pendosa seperti kita,

pandanglah sedalam lautan biru,
sesungguhnya kasih Allah lebih dalam daripada itu,
maka janganlah berputus asa wahai pendosa,
sungguh usahamu sentiasa Allah kira,

bangun jatuh bangun jatuh
bangunlah kembali buat sekian kali,
biarlah dosa itu tidak hilang sekalipun,
matilah dalam berusaha sesungguh hati,

tidakkah engkau memandang kepada pembunuh 100 manusia,
sungguh dia berusaha walau tidak sempat membersih dosa,
didekatkan Allah jaraknya dengan kampung taubat,
terus dia diangkat malaikat rahmat,
dia contoh yang berusaha hingga ke akhirnya,
dalam membersihkan dosanya.
Dan Allah mengasihinya.

Maka janganlah berputus asa wahai pendosa,
usaha, hingga mentari terbit dari barat,
atau kerongkongmu ditamu sakarat,
usaha, dan jangan sesekali kau dimamah penat.
Sungguh, Allah itu bukanlah zalim yang khianat.
Bahkan Dia adalah Yang Mengotakan JanjiNya,
adil tiada tandingan.

~ Hilal Asyraf ~